KODE IKLAN DFP 1 (Video) Ini Sebab Kenapa Pengadil Batalkan 4 Servis Yang Diambil Tekong Pasukan Sepak Takraw Wanita Indonesia - Jaditenar.com: Portal Berita Paling Update

(Video) Ini Sebab Kenapa Pengadil Batalkan 4 Servis Yang Diambil Tekong Pasukan Sepak Takraw Wanita Indonesia

loading...


Jaditenar.com - Semalam viral mengenai isu penarikan balik pasukan  sepak takraw wanita Indonesia gara-gara bengang dengan pengadil Singapura. Pasukan Puteri Takraw Indonesia telah bertanding dengan pasukan Malaysia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada malam Ahad, 20 Ogos di Sukan SEA 2017.

Pasukan Indonesia berasa kurang bernasib baik oleh ketua pengadil utama Muhammad Radi dari Singapura. Mereka memboikot perlawanan dan menuduh pasukan Malaysia “membeli” pengadil daripada Singapura berkenaan.

Apa yang terjadi sebenarnya? Mungkin ramai yang tertanya tanya salah faham isu ini. Ini sebab pengadil batalkan servis pasukan Indonesia.

Video Bukti



Ini terjadi selepas Indonesia menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Radhi Che Mei, membatalkan empat servis dilakukan tekong mereka di dalam Sukan SEA yang berlangsung di Kuala Lumpur.Berdasarkan ulang siar video ternyata menunjukkan kaki tekong berkenaan diangkat terlebih dahulu dari lantai ketika servis dilakukan.

Ekoran keputusan boikot itu, pasukan sepak takraw negara diberi kemenangan percuma apabila regu Indonesia enggan meneruskan permainan set kedua di acara antara regu sepak takraw wanita di Sukan SEA.Dalam perlawanan yang berlansung pagi tadi, Thailand mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu apabila menewaskan malaysia yang memenangi pingat perak. Sementara itu, Indonesia terpaksa akur dengan pingat gangsa berkongsi dengan Filipina.

Tekong dianggap membuat banyak salah ?



Pertama, para pemain Indonesia sudah merasa mereka dibuli. Salah satunya adalah apabila ketika tekong yang dilakukan Lena dianggap “kesalahan” tiga kali oleh pengadil. Akhirnya, set pertama berakhir dengan kemenangan Malaysia dengan skor 22-20.

Pertandingan diteruskan dalam set kedua. Walau bagaimanapun, keputusan pengadil Radi masih membahayakan Indonesia. Tekong Lena dianggap “kesalahan” lima kali. Keadaan ini akhirnya membuat pemain akhirnya memutuskan untuk meninggalkan permainan.

Siapa tengok kemarin mesti tahu emosi nya dorang. Atau admin je anggap macam tu?
Next Page

loading...

loading...

0 Response to "(Video) Ini Sebab Kenapa Pengadil Batalkan 4 Servis Yang Diambil Tekong Pasukan Sepak Takraw Wanita Indonesia"

Posting Komentar

close
kode iklan
kode iklan